Monday, 26 September 2011

Memulakan Keluarga


Bagi kebanyakan ibu bapa, keluarga adalah yang pertama. Anda mahu memastikan keperluan semua ahli keluarga anda adalah dijaga dan masa depan mereka terjamin walaupun anda tiada lagi.

Kemahiran paling asas yang anda perlukan dalam memastikan keselamatan kewangan keluarga, anda belajar bagaimana untuk menguruskan wang anda. 


Setelah kewangan anda lebih stabil, anda boleh mempelajari bagaimana untuk melabur wang anda untuk mewujudkan simpanan yang lebih baik untuk masa depan anda.

Pertimbangan lain yang sama pentingnya ialah mempunyai perlindungan peribadi untuk anda dan orang yang anda sayangi. Sama ada perlindungan insurans atau takaful, ahli keluarga anda seharusnya dapat meneruskan kehidupan mereka jika anda telah tiada.

Berikan anak-anak anda masa depan yang cerah dengan mempunyai pelan pendidikan anak dan menjamin masa depan anda selepas bersara dengan skim anuiti.

Jika anda mencari pembiayaan untuk membeli kenderaan atau rumah impian anda, belajar tentang pinjaman yang ditawarkan oleh institusi perbankan.

Pastikan anda membuat perbandingan ciri-ciri dan kadar pinjaman ini dan kira ansuran pinjaman ini sebelum memilih salah satu yang paling sesuai dengan anda.

No comments:

Post a Comment